Mendapatkan jumlah wang sebagai hutang yang kena dibayar kepada
badan pengurusan bersama
1. Pembayaran apa-apa jumlah wang yang ditanggung dengan sah oleh
badan pengurusan bersama dalam penjalanan mana mana kuasanya atau fungsinya
atau menjalankan kewajipan atau obligasinya hendaklah menurut kuasa ini dijamin
oleh pemunya petak yang pada masa itu membentuk badan pengurusan bersama itu.
2. Setiap pemunya petak hendaklah bertanggungan di bawah jaminan yang
hanya bagi apa apa kadar wang yang dibayar sedemikian sebagai unit syer yang diumpukkan
bagi petaknya yang dibandingkan dengan unit syer agregat.
3. Jika mana-mana pemunya petak belum melepaskan atau melepaskan
dengan sepenuhnya liabilitinya bagi maksud badan pengurusan bersama adalah
berhak untuk mendapatkan daripada pemunya petak itu dalam mahkamah yang mempunyai
bidang kuasa berwibawa atau dalam Tribunal sebagai hutang yang kena dibayar
kepadanya.
4. Jika atas sebab ketidakcukupan dana untuk memenuhi jumlah wang,
badan pengurusan bersama boleh, pada mesyuarat agung tahunan atau pada
mesyuarat agung luar biasa, menentukan jumlah yang hendaklah dicarumkan oleh
setiap pemunya petak dan memutuskan apa-apa isu atau perkara lain yang
berhubungan dengan penyelesaian bagi jumlah wang itu.
Tatacara mendapatkan jumlah wang yang kena dibayar
Suatu jumlah wang boleh didapatkan atau oleh badan pengurusan
bersama daripada pemunya petak berkenaan dengan petaknya badan pengurusan bersama
itu boleh menyampaikan kepada pembeli atau pemunya petak, mengikut mana-mana
yang berkenaan, suatu notis bertulis yang menuntut pembayaran jumlah wang itu
yang kena dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu yang tidak boleh
kurang daripada empat belas hari dari tarikh penyampaian pembeli atau pemunya
petak pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis badan pengurusan bersama,
boleh memfailkan suatu saman atau tuntutan dalam suatu mahkamah yang mempunyai bidang
kuasa berwibawa atau dalam Tribunal untuk mendapatkan jumlah wang itu atau
sebagai alternatif kepada mendapatkan wang menggunakan cara mendapatkan wang. Mana-mana
pembeli atau pemunya petak yang, tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi
notis melakukan suatu kesalahan dan boleh,apabila disabitkan, didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga
tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, didenda selanjutnya
tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya
kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Mendapatkan jumlah wang melalui penahanan harta alih
1. Pesuruhjaya boleh, apabila permohonan bersumpah secara bertulis
dibuat oleh mana-mana anggota jawatankuasa pengurusan bersama, mengeluarkan
suatu waran penahanan dalam Borang A Jadual Ketiga yang memberi kuasa bagi
penahanan apa-apa harta alih yang dipunyai oleh pemunya petak yang ingkar yang
boleh dijumpai di dalam bangunan atau di tempat lain di dalam Negeri itu.
2. Waran penahanan hendaklah dilaksanakan oleh seseorang anggota
jawatankuasa pengurusan bersama atau oleh seseorang yang diambil bekerja secara
khusus oleh badan pengurusan bersama untuk melaksanakan waran sedemikian, di
hadapan Pesuruhajaya atau seorang pegawai daripada pejabat Pesuruhjaya.
3. Jika anggota jawatankuasa
pengurusan bersama menghadapi kesukaran dalam melaksanakan waran itu, anggota
atau orang itu boleh mendapatkan bantuan Pesuruhjaya, dan dalam emberikan bantuan itu, Pesuruhjaya boleh
meminta bantuan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.
4. Seseorang yang melaksanakan waran itu boleh, pada waktu siang, masuk dengan cara
kekerasan ke dalam mana-mana rumah atau bangunan atau manamana bahagian rumah
atau bangunan itu bagi maksud melaksanakan waran itu; dan hendaklah, sebaik
selepas penahanan itu, membuat suatu inventori bagi harta yang ditahan di bawah
waran itu dan menyampaikan suatu notis dalam Borang B Jadual Ketiga kepada
orang yang, pada masa penahanan itu,memiliki atau didapati memiliki harta itu.
5. Mana-mana penyewa atau penghuni untuk mengelakkan penahanan atau
penjualan harta alih kerana apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada badan
pengurusan bersama tidak dibayar oleh pemunya petak, membayar jumlah wang itu
boleh jika tiada apa-apa perjanjian bertulis yang berlawanan,menolak jumlah
yang telah dibayar sedemikian olehnya daripada sewa yang kena dibayar atau
menjadi kena dibayar olehnya kepada pemunya petak itu; dan memegang milikan
harta itu sehingga jumlah yang telah dibayar sedemikian olehnya dibayar balik
sepenuhnya kepadanya sama ada dengan cara penolakan daripada sewa atau
selainnya.
6. Resit yang dikeluarkan oleh badan pengurusan bersama bagi apa-apa
jumlah yang dibayar sedemikian oleh mana-mana penyewa atau penghuni itu
hendaklah disifatkan sebagai pelepasan penuh bagi jumlah yang sama dengan sewa
itu.
7. Jika mana-mana orang yang hartanya ditahan mempertikaikan kesahan
penahanan itu, dia boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh penahanan
itu, memohon kepada Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat
penahanan itu bagi suatu perintah bagi pelepasan harta itu, dan mahkamah
Majistret, selepas membuat apa-apa siasatan yang perlu, hendaklah membenarkan atau
enggan membenarkan perintah itu.
8. Jika jumlah wang yang kena dibayar itu tidak dibayar dalam masa
empat belas hari dari tarikh penahanan itu, harta yang ditahan itu atau
mana-mana bahagian harta yang ditahan itu yang mencukupi untuk menghasilkan
jumlah wang itu hendaklah dijual secara lelong yang dijalankan oleh badan
pengurusan bersama di bawah penyeliaan Pesuruhjaya melainkan jika dalam tempoh
itu suatu permohonan dibuat, yang dalam hal itu, harta itu hendaklah dipegang
sementara menunggu keputusan Mahkamah Majistret dan hendaklah kemudiannya diuruskan
sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah Majistret.
9. Jika Mahkamah Majistret enggan membenarkan suatu perintah untuk
pelepasan harta itu, dan keputusan mahkamah Majistret itu dicapai dalam masa
empat belas hari dari tarikh penahanan, harta itu tidak boleh dijual sebelum
habisnya tempoh itu.
10. Walau apa pun jika harta itu adalah jenis mudah musnah, ia boleh
dijual dengan segera, dan dalam hal itu, hasil jualan hendaklah dipegang
sementara menunggu keputusan Mahkamah Majistret dan hendaklah kemudiannya diuruskan
sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah Majistret.
11. Dalam mana-mana hal lain, hasil jualan hendaklah digunakan untuk
menjelaskan jumlah wang yang kena dibayar bersama-sama dengan kos penahanan dan
penjualan itu, dan apa apa lebihan dan apa-apa harta yang tidak dijual
hendaklah dibayar atau dikembalikan kepada orang yang, pada masa penahanan itu,
memiliki atau didapati memiliki harta itu.
12. Kos penahanan hendaklah termasuk perbelanjaan penyenggaraan
ternakan dan penjagaan harta alih.
13. Jika apa-apa harta dijual sebelum habis tempoh empat belas hari
dari tarikh penahanan, suatu “perintah bagi pelepasan harta itu” hendaklah
ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai suatu perintah bagi pelepasan hasil
jualan harta itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan