FORMULA
BAGI PENGIRAAN UNIT SYER YANG DIUMPUKKAN BAGI PETAK BERHUBUNG DENGAN BANGUNAN
ATAU TANAH YANG DICADANGKAN UNTUK DIPECAH BAHAGI KEPADA PETAK-PETAK
Tafsiran
1. Dalam pemakaian Jadual ini—
(a) “keluasan petak” atau “keluasan petak
aksesori” ertinya keluasan bagi petak masing-masing, termasuk petak tanah,
sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian jual dan beli antara pemaju dengan
pembeli;
(b) jika mana-mana keluasan yang disebut dalam
subperenggan (a) tidak dinyatakan
dalam perjanjian jual dan beli antara pemaju dengan pembeli, keluasan itu
hendaklah ditentukan mengikut pelan bangunan yang diluluskan yang berhubungan
dengan petak itu atau mengikut apa-apa cara lain yang adil dan saksama;
(c) untuk mengelakkan keraguan, “keluasan petak”
bagi suatu petak tanah adalah keluasan bagi tanah yang terkandung di dalam
petak tanah itu; dan
(d) “petak lantai keseluruhan” ertinya suatu
petak yang terdiri daripada sama ada suatu lantai keseluruhan atau suatu blok
lantai keseluruhan yang bersebelahan yang merupakan sebahagian daripada suatu
bangunan dan terkandung di dalamnya dengan ketara kawasan peredaran yang luas
atau teras pengangkutan menegak (lif atau eskalator).
Formula bagi pengiraan unit syer yang diumpukkan
2. (1) Unit syer yang diumpukkan bagi suatu
petak hendaklah dikira sebagaimana yang berikut:
Unit syer yang diumpukkan bagi suatu petak = (keluasan petak x FP1x FP2) + (Keluasan petak aksesori x FP3)
(2) Dalam formula di atas—
(a) keluasan adalah dinyatakan dalam meter
persegi;
(b) FP1 ialah faktor pemberat
bagi jenis petak yang dinyatakan dalam Jadual 1;
(c) FP2 ialah faktor pemberat
bagi petak lantai keseluruhan yang dinyatakan dalam Jadual 2;
(d) FP3 ialah faktor pemberat
bagi petak aksesori yang dinyatakan dalam Jadual 3;
(e) jika terdapat lebih daripada satu petak
aksesori, komponen formula bagi petak aksesori (keluasan petak aksesori x FP3) hendaklah terpakai bagi setiap petak
aksesori dan kemudiannya hendaklah ditambahkan kepada formula itu; dan
(f) unit syer hendaklah dinyatakan sebagai suatu
nombor bulat dan apa apa pecahan atau perpuluhan hendaklah dibulatkan kepada
nombor bulat yang terdekat.
(Sebagai contoh: 108.4 = 108; 108.5 = 109; 108.7 = 109).
Faktor pemberat (FP1)
bagi jenis petak
3. Jadual 1 menunjukkan faktor pemberat (FP1) bagi jenis petak, yang menggambarkan
kekerapan penggunaan dan penyenggaraan am bagi harta bersama seperti yang
berikut:
JADUAL
1
Bil.
|
Jenis petak
|
Tanpa penghawa dingin
kepada kawasan bersama
bagi koridor, lobi dan
ruang legar
|
Dengan penghawa dingin
kepada kawasan bersama
bagi koridor, lobi dan
ruang legar
|
||
FP1
yang mempunyai
manfaat
kemudahan
lif/eskalator
bersama
|
FP1
yang tidak
mempunyai
manfaat
kemudahan
lif/eskalator
bersama
|
FP1
yang
mempunyai
manfaat
kemudahan
lif/eskalator
bersama
|
FP1
yang tidak
mempunyai
manfaat
kemudahan
lif/eskalator
bersama
|
||
1
|
Pangsapuri/Pejabat Kecil Pejabat Rumah (PKPR)
|
1.00
|
0.85
|
1.30
|
1.15
|
2
|
Kompleks pejabat/Institusi (Kolej)
|
1.00
|
0.85
|
1.30
|
1.15
|
3
|
Kompleks runcit
|
2.00
|
1.70
|
3.20
|
2.90
|
4
|
Hotel/Kompleks pusat perubatan
|
2.20
|
1.90
|
2.80
|
2.45
|
5
|
Kompleks industry
|
1.00
|
0.85
|
1.45
|
1.30
|
6
|
Tempat letak kereta
(petak lantai keseluruhan)
|
0.75
|
0.65
|
0.85
|
0.75
|
7
|
.Kedai-rumah, kedaipangsapuri
Dan kedai-pejabat—
(a) petak aras atas
(b) petak aras bawah
|
1.00
0.85
|
0.85
0.85
|
1.30
1.15
|
1.15
1.15
|
8
|
.Petak tanah
|
Tidak terpakai
|
Tidak terpakai
|
Tidak terpakai
|
Tidak terpakai
|
Faktor pemberat (FP2)
bagi petak lantai keseluruhan
4. (1) Jadual 2 menunjukkan faktor pemberat (FP2) bagi petak lantai keseluruhan seperti yang
berikut:
JADUAL
2
Bil
|
Petak
|
FP2
|
Asas
|
1
|
Petak lantai keseluruhan tidak termasuk kawasan teras pengangkutan
menegak (lif atau eskalator)
|
0.85
|
(a) Untuk menggambarkan suatu kawasan boleh
disewa ersih yang setara selepas mengambil kira kawasan peredarannya yang
luas sahaja.
(b) Dalam suatu kompleks runcit, kawasan
peredarannya adalah lebih luas tetapi diimbangi dengan penyewaan apa-apa
bahagian kepada kios runcit.
|
2
|
Petak lantai keseluruhan termasuk kawasan teras
pengangkutan menegak (lif atau eskalator)
|
0.80
|
(a) Untuk menggambarkan suatu kawasan boleh
disewa ersih yang setara selepas mengambil kira kawasan peredarannya yang
luas dan teras pengangkutan menegak (lif atau eskalator)
(b) Dalam suatu kompleks runcit, kawasan peredarannya dalah lebih besar tetapi diimbangi dengan penyewaan
apa-apa bahagian kepada kios runcit.
|
3
|
Bukan petak lantai keseluruhan
|
1
|
Tidak terpakai
|
(2) Contoh petak lantai
keseluruhan adalah, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
(a) suatu lantai keseluruhan atau suatu blok
lantai keseluruhan yang bersebelahan di dalam suatu kompleks pangsapuri;
(b) suatu lantai keseluruhan atau suatu blok
lantai keseluruhan yang bersebelahan di dalam suatu kompleks pejabat;
(c) suatu lantai keseluruhan atau suatu blok
lantai keseluruhan yang bersebelahan di dalam suatu kompleks runcit; dan
(d) suatu lantai keseluruhan atau suatu blok
lantai keseluruhan tempat letak kereta yang bersebelahan di dalam suatu
kompleks.
(3) Bagi kesaksamaan kepada petak yang lain yang membetuk majoriti
dan terdiri daripada kawasan yang boleh disewa bersih sahaja, suatu petak
lantai keseluruhan mestilah dilaraskan kepada kawasan boleh disewa bersihnya
yang setara dengan mengambil kira kawasan peredarannya yang luas atau teras pengangkutan
menegak (lif atau eskalator) di dalam petak lantai keseluruhan itu.
(4) Jadual 2 adalah tidak terpakai bagi jenis kedai-rumah,
kedai-pangsapuri, kedai-pejabat dan dupleks (setiap petak adalah terletak di
dua tingkat).
Faktor pemberat (FP3)
bagi petak aksesori
5. (1) Jadual 3 menunjukkan faktor pemberat (FP3) bagi petak aksesori seperti yang berikut:
JADUAL 3
Bil
|
Petak aksesori
|
FP3
|
Asas
|
1
|
Di luar bangunan
|
0.25
|
Untuk menggambarkan suatu kawasan terbuka atau tertutup yang
tidak didiami di luar bangunan
|
2
|
Di dalam bangunan
|
0.5
|
Untuk menggambarkan suatu kawasan terbuka atau tertutup yang
tidak didiami di dalam bangunan.
|
(2) Suatu petak aksesori
adalah suatu bahagian terbuka atau tertutup bagi kawasan pemajuan yang telah
dijadikan berkaitan dengan suatu petak dan tidak boleh dilupuskan secara
berasingan daripada petak itu.
(3) Contoh bagi petak aksesori ialah, tetapi tidak terhad kepada,
ruang kereta, kawasan taman, kawasan bumbung dan bilik stor yang terletak di
luar petak.
(4) Bagi kesaksamaan sebelum digabungkan ke dalam unit syer yang diumpukkan
bagi suatu petak, keluasan bagi suatu petak aksesori mestilah dilaraskan untuk
menggambarkan bahawa ia adalah tidak boleh didiami dan secara amnya mempunyai
kos pembinaan yang lebih rendah.
(5) Bagi maksud mengenal pasti faktor pemberat dalam petak
aksesori, tafsiran yang berikut hendaklah terpakai:
(a) “di luar bangunan”, berhubung dengan suatu
petak aksesori, ertinya petak aksesori itu terletak di dalam suatu bahagian
kawasan pemajuan yang berada di luar suatu bangunan dan bukan sebahagian atau disifatkan
sebagai sebahagian daripada bangunan itu; dan
(b) “di dalam bangunan”, berhubung dengan suatu
petak aksesori, ertinya petak aksesori itu terletak di dalam suatu bahagian
kawasan pemajuan yang berada di dalam suatu bangunan dan membentuk sebahagian atau
disifatkan membentuk sebahagian daripada bangunan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan