16 Julai 2008

Mesyuarat Penubuhan Badan Pengurusan Bersama

Ruj.Kami : PPS7LP/01/02(13)
Tarikh : 10 JULAI 2008

Kepada,

Semua Penduduk / Penyewa/ Peniaga di LP 7, Lestari Perdana
Seri Kembangan, Selangor

Tuan/Puan,

MESYUARAT PENUBUHAN DAN PELAKSANAAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB), DI SEKSYEN 7, LESTARI PERDANA (RK122)

Sukacita dimaklumkan bahawa Darar Ehsan Sdn Bhd akan mengadakan Mesyuarat Penubuhan dan Pelaksanaan Badan Pengurusan Bersama (JMB), dengan semua Pembeli / Penghuni di Seksyen 7 Lestari Perdana akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Julai 2008 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Tempat Letak Kereta, Jalan LP 7/5
(Sebelah Restoran Kembangan Paradise)

3. Sehubungan itu, kerjasama semua adalah dipohon supaya dapat meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat tersebut bagi memastikan ia dapat berjalan dengan lancar. Makanan dan minuman ringan disediakan.

4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Mohd Khazimi di talian 012-3481979.

Kerjasama dan keperihatinan tuan amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian.

Yang Benar


(MOHD KHAZIMI BIN ISMAIL)
Naib Yang Dipertua Persatuan Penduduk Seksyen 7 Lestari Perdana
Seri Kembangan, Selangor

Tiada ulasan: