28 Disember 2008

Dilarang sidai kain terbuka di kediaman bertingkat tahun depan

PUTRAJAYA: Mulai tahun 2009, penghuni kediaman bertingkat tidak lagi dibenarkan menyidai pakaian secara terbuka.

Satu garis panduan berhubung perkara itu telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan bangunan kediaman baru memiliki kemudahan ampaian seperti ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Pesuruhjaya Bangunan (COB) akan ditugaskan bagi memastikan peraturan baru itu dipatuhi, termasuk menyediakan tempat dan peralatan khusus kepada penghuni kediaman terbabit.

“Kita akan cuba melalui COB untuk ambil tindakan bagi menguatkuasakan perkara ini dan tindakan seperti menyediakan tempat yang khusus dan peralatan yang sepatutnya disediakan akan diambil.

“Sekiranya tindakan ini tidak berkesan maka, pindaan ke atas undang-undang sedia ada akan dipertimbangkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara Untuk Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-61 di sini, hari ini.

30 September 2008

Salam Aidilfitri

AAssalamualaikum kepada semua muslimin dan muslimat

Saya selaku Pengerusi Badan Pengurusan Bersama mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua penghuni yang beragama islam. Dalam kesempatan ini saya memohon berbanyak kemaafan sekiranya tersilap salah sepanjang saya menjalankan tugas sebagai pengerusi. Semoga pada masa akan datang pengurusan JMB bertambah cekap dan berkesan.

Salam Aidilfitri dari Mohd Khazimi

30 Julai 2008

MESYUARAT KHAS BADAN PENGURUSAN BERSAMA

Ruj.Kami : JMBLP7/01/02(1)
Tarikh : 28 JULAI 2008

Kepada,

Semua Pembeli / Penghuni
Rumah Kedai dan Apartmen di Seksyen 7, Lestari Perdana
Seri Kembangan, Selangor

Tuan/Puan,

MESYUARAT KHAS BADAN PENGURUSAN BERSAMA SEKSYEN 7 LESTARI PERDANA

Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Pengurusan Bersama telah mengadakan Mesyuarat Pertama pada 27 Julai 2008 yang lalu. Sehubungan dengan itu bagi memantapkan lagi pengurusan Badan Pengurusan Bersama satu mesyuarat khas akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 3 Ogos 2008 (Ahad)
Masa : 5.00 Petang
Tempat : E-1-001-2A, Jalan LP 7/2
(Depan Pasar Segar Lestari/ Atas Car Wash)

3. Sehubungan itu, kerjasama semua Pembeli / Penghuni di LP 7 adalah dipohon supaya dapat meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat tersebut bagi memastikan ia dapat berjalan dengan lancar.

4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Mohd Khazimi di talian 012-3481979.

Kerjasama tuan amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian.

Yang Benar



(MOHD KHAZIMI BIN ISMAIL)
Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Seksyen 7 Lestari Perdana
Seri Kembangan, Selangor

16 Julai 2008

Apartmen Lestari Perdana



Structure : Reinforced Concrete Frame
Roof : Concrete Slab / Concrete Roof Tile (3rd Floor)
Wall : Masonary Wall
Windows : Adjustable / Fixed Glass Louvre Window Casement / Top Hung Window
Ceiling : Skim Coating/ Asbestos-Free Cement Sheet (3rd Floor)
Doors : Plywood Flush Door
Locksets : Quality Lockset
Wall Finishes : Toilet : 1500mm High Glazed Wall Tiles, Other : Cement Plaster and Paint
Floor Finishes : Toilet : Ceramic Tiles, Others : Cement Render
Sanitary Fittings
Sitting WC : 1nos.
Wash Basin : 1nos.
Kitchen Sink : 1 no.
Electrical Installation
Lighting point : 7nos.
13 amp. Power Point : 7nos.
Ceiling Fan Point : 1 no.
TV Point : 1 no.
Telephone Point : 1 no.

Mesyuarat Penubuhan Badan Pengurusan Bersama

Ruj.Kami : PPS7LP/01/02(13)
Tarikh : 10 JULAI 2008

Kepada,

Semua Penduduk / Penyewa/ Peniaga di LP 7, Lestari Perdana
Seri Kembangan, Selangor

Tuan/Puan,

MESYUARAT PENUBUHAN DAN PELAKSANAAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB), DI SEKSYEN 7, LESTARI PERDANA (RK122)

Sukacita dimaklumkan bahawa Darar Ehsan Sdn Bhd akan mengadakan Mesyuarat Penubuhan dan Pelaksanaan Badan Pengurusan Bersama (JMB), dengan semua Pembeli / Penghuni di Seksyen 7 Lestari Perdana akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Julai 2008 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Tempat Letak Kereta, Jalan LP 7/5
(Sebelah Restoran Kembangan Paradise)

3. Sehubungan itu, kerjasama semua adalah dipohon supaya dapat meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat tersebut bagi memastikan ia dapat berjalan dengan lancar. Makanan dan minuman ringan disediakan.

4. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Mohd Khazimi di talian 012-3481979.

Kerjasama dan keperihatinan tuan amatlah dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian.

Yang Benar


(MOHD KHAZIMI BIN ISMAIL)
Naib Yang Dipertua Persatuan Penduduk Seksyen 7 Lestari Perdana
Seri Kembangan, Selangor